Tujuan Teks Piramid

Mantera atau ungkapan dalam Teks Piramid bertujuan untuk membenarkan penjelmaan semula menjadi Akh (supaya si mati yang dihakimi mulia dapat bersama para dewa).[2] Mantera dalam Teks Piramid dibahagikan kepada dua kategori: Teks Pendeta dan Teks Peribadi.[14]

Teks Pendeta adalah untuk perihal upacara, dan diketuai oleh ketua pendeta yang merujuk kepada si mati dengan kata ganti nama diri kedua.[2] Ia mengandungi mantera persembahan,[14] mantera ringkas yang dibacakan semasa membuat persembahan,[2] dan bacaan yang merupakan arahan.[14] Teks-teks ini juga muncul dalam Upacara Persembahan dan Insignia, Upacara Kebangkitan, dan dalam empat piramid yang mengandungi Upacara Ratapan.[2][9] Tulisan dalam teks-teks ini menunjukan bahawa ia berasal dari zaman Wangsa Kedua dan Ketiga.[9]

Teks selebihnya adalah peribadi, dan bertumpukan perihal menunjukkan roh keluar dari makam, ke alam akhirat.[2] Ia mengandungi teks-teks peruntukan, perubahan, dan perlindungan.[9][14] Teks peruntukan membenarkan si mati untuk menguruskan makanannya sendiri dan meminta makanan dan minuman daripada para dewa.[14] Contohnya teks ini ialah dialog firaun dalam piramid Unas.[14][9] Teks perubahan  – juga dikenali sebagai Sakhu atau Sanjungan[9]  – berkisarkan perubahan si mati menjadi Akh,[9] dan kebangkitan mereka, seperti dewa naik ke langit.[14] Teks-teks ini menjadi bahagian terbesar dalam himpunan ini, dan didominasikan dengan teks-teks yang lebih baharu dari zaman Wangsa Kelima dan Keenam.[9] Teks perlindungan mengandungi mantera-mantera ringkas untuk menghalau bahaya daripada jasad dan makam firaun.[14][2][9] Teks-teks ini mengandungi gaya penulisan yang kuno dan merupakan teks yang tertua,[9] dan yang paling sukar untuk ditafsirkan.[2]

Ungkap-ungkapan begini asalnya dilafazkan oleh seseorang. Ia mengandungi pelbagai kata kerja seperti "terbang" dan "lompat" dan menggambarkan perbuatan si firaun lakukan untuk pergi ke akhirat.[15] Mantera-mantera ini gambarkan berbagai cara firaun boleh teruskan perjalanan, dengan menggunakan landasan, tangga, sigai dan juga terbang. Mantera juga boleh digunakan untuk minta bantuan dewa, malah juga mengugut mereka kalau enggan.[16] Ia perkara biasa kalau teks piramid ditulis dalam bentuk ganti nama diri pertama, tetapi ia langka/jarang berlakunya teks-teks ini ditulis dengan ganti nama diri ketiga. Biasanya ia bergantung kepada siapa yang membaca teks tersebut dan siapa yang dibacakan.[17] Teks juga mengandungi jasa yang si firaun pernah lakukan kepada rakyat Mesir semasa pemerintahan mereka. Ia digunakan untuk memimpin si firaun ke akhirat dan juga untuk beritahu dan yakinkan yang masih hidup bahawa baginda selamat ke destinasinya.[15]

Rujukan

WikiPedia: Teks Piramid https://www.ancient.eu/article/148/the-pyramid-tex... https://www.sofiatopia.org/maat/wenis.htm https://www.experience-ancient-egypt.com/egyptian-... https://books.google.com/books?id=6VBJeCoDdTUC&pg=... http://www.metmuseum.org/research/metpublications/... https://archive.org/details/chronicleofphara00clay https://archive.org/details/oxfordhisto00shaw https://archive.org/details/pyramidscomplete00vern https://www.egyptologyforum.org/bbs/Shmakov_Critic... https://www.lib.uchicago.edu/cgi-bin/eos/eos_title...